Renungan

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuatkan muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu segala ketenangan jiwa."

Monday, 29 October 2012

Piramid : Keajaiban Dunia Tamadun Mesir Purba


Piramid : Keajaiban Dunia Tamadun Mesir Purba



 Piramid yang terdapat di Giza, Mesir

Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makamuntuk Firaun Kufu (nama GreekCheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.

       

Piramid Agung Kufu merupakan piramid yang terbesar dan paling terkenal serta tertua antara tiga piramid (Piramid Kufu, Piramid Khafredan, Piramid Menkaure) di Bandar Kematian Giza,Mesir.

Kawasan tersebut bersebelahan dengan bandar moden Kaherah, dan menjadi bahagian utama bagi kompleks bangunan-bangunan yang merangkumi laluan pejalan kaki yang istimewa, dua kuil, tiga piramid yang kecil (i.e. Piramid Permaisuri), lubang-lubang untuk mengebumikan bot-bot serta mastaba-mastaba untuk bangsawan. Pada masa itu, juga terdapat sebuah bandar untuk pekerja-pekerja yang mengandungi antaranya perkuburan, kilang-kilang rotikilang bir serta kompleks peleburan tembaga. Satu dari piramid kecil mengandungi makam Ratu Hetepheres (dijumpai pada 1925), yang merupakan adik dan isteri Snefru dan juga ibu kepada Khufu. Banyak lagi kompleks-kompleks bangunan yang masih dalam usaha mencari dan menganalisis untuk Projek Pemetaan Giza.

Beberapa ratus meter dari barat daya Piramid ini terletaknya Piramid Khafre, yakni makam waris Khufu yang membina Sfinks Agung. Lagi beberapa ratus meter dari barat daya Piramid Khafre terletaknya Piramid Menkaure yang merupakan makam waris Khafre. Tingginya hanya setengah daripada Piramid Khafre. Walau bagaimanapun daripada gambar foto, ia kelihatan tertinggi di kalangan ketiga-tiga piramid disebabkan ia lebih curam dan dibina di atas tanah yang lebih tinggi. 

PEMBINAAN

Rajah menunjukkan pelan piramid 

Pada waktu pembinaan, ketinggian Piramid Agung Kufu 146.5 meter (481kaki), akan tetapi disebabkan hakisan dan kecurian batu yang teratas, ketinggian kini ialah 139 meter (455 kaki). Setiap sisi pada kaki piramid berukur 231 meter (758 kaki) dan meliputi kawasan 5.3 hektar (13 ekar).
Pada tahun 1301, satu gempa bumi yang besar telah melonggarkan kebanyakan batu selongsong yang kemudian diangkut ke Kaherah oleh An-Nasir Nasir-ad-Din al-Hasan Sultan Bahri untuk pembinaan masjid-masjid dan kubu-kubu. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak batu selongsong di sekitar kaki piramid.
Piramid Agung Kufu mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan. Seluruh Piramid diliputi dengan batu kapur yang dilicinkan sehingga kilauannya dapat diperhatikan di tempat yang berbatu-batu jauh.


Sphinx merupakan patung manusia berkepala singa berada di sebelah Piramid



Wednesday, 24 October 2012

Sejarah Mesir : Ratu Cleopatra Alexandria

Kenal dengan Cleopatra? Siapa yang tidak kenal dengan Ratu yang terkenal dengan kecantikannya ini. Ikon  kecantikan wanita Mesir yang tersohor sampai saat ini. Tapi siapakah dia, tentu tidak banyak orang yang mengetahuinya.

Cleopatra adalah salah satu puteri dari Raja Ptolemy XII, Firaun Mesir yang berkuasa pada tahun 80-58 SM dan 55-54 SM. Dinasti Ptolemy ini sebenarnya berasal dari Macedonia yaitu sebuah wilayah di Semenanjung Balkan di Eropa Selatan. Cleopatra yang lahir pada tahun 69 SM, memiliki 2 saudara laki-laki yaitu Ptolemy XIII dan Ptolemy XIV, dan 3 saudara perempuan yaitu  Bernice IV, Cleopatra Tryphanea VI dan Arsinoe IV.

Cleopatra dan keluarganya tinggal di Alexandria, ibukota Mesir yang indah. Kota yang ditemukan oleh Alexander the Great pada tahun 331 SM ini adalah kota pelabuhan penting di dunia sejak jaman dulu.  Di sini pernah dibangun mercusuar pertama di dunia pada sekitar tahun 280 SM tapi hancur saat terjadi gempa bumi pada abad 14 Masehi. Alexandria juga merupakan kota dengan peradaban pelbagai budaya yang menarik. Orang-orang Yunani, Mesir dan Arab hidup berdampingan dengan kehidupan yang harmoni. Dan Cleopatra sendiri berasal dari keluarga Yunani.

Cleopatra naik takhta pada usia 18 tahun, setelah ayahnya Ptolemy XII meninggal dunia. Dua kakak perempuan Cleopatra tewas secara misteri sehingga Cleopatra lah yang berhak menjadi ratu saat itu. Dia menikahi saudara laki-lakinya Ptolemy XIII yang usianya lebih muda darinya. Merupakan satu kebiasaan keluarga raja saat itu menikah dengan anggota keluarga kerajaan sendiri, hal ini bertujuan untuk mendapat kekuasaan dan jika menikah dengan orang di luar keluarga raja mereka percaya itu akan melemahkan kekuatan. Banyak orang sangsi dengan kepemimpinan Cleopatra saat itu kerana dianggap masih terlalu muda. Tapi dia cukup tahu, bahawa dengan kecantikan dan kecerdasannya dia mampu untuk tetap menjadi Ratu. Dia menamakan dirinya The Sun-God’s Daughter (Puteri Dewa Matahari).

Pada awal masa pemerintahannya, Cleopatra bersikap keras untuk tetap mengawal kerajaan (Mesir) tanpa bantuan orang lain, termasuk adik laki-lakinya Ptolemy XIII yang juga suaminya. Oleh kerana itu dia mempunyai banyak musuh. Salah satu di antaranya adalah Pothinus, penasihat Ptolemy XIII. Mereka berdua bersekongkol untuk menjatuhkan Cleopatra dari singgahsana kerajaan. Cleopatra mengetahui rancangan Pothinus dan Ptolemy untuk menculik dan membunuhnya. Maka saat itu Cleopatra dan adiknya Arsinoe melarikan diri ke Syria mencari perlindungan dan juga mengumpul kekuatan untuk dapat kembali menguasai Mesir. Dia kembali ke Mesir setelah mendapatkan jaminan keamanan dari Julius Caesar (ahli politik dan pemimpin militan dari Romawi) yang kebetulan berada di Mesir untuk suatu kepentingan.

Saat Cleopatra menjadi ratu di Mesir,  dia mendirikan sebuah perpustakaan di ibukota kerajaan, Alexandria. Dan perpustakaan itu menjadi yang terbesar di dunia saat itu. Maka itu kota Alexandria dijuluki sebagai City of Learning.

Pada masa pemerintahannya ada beberapa bahasa yang digunakan di Mesir, hal ini terbukti dengan penemuan Rosetta Stone yang berisi 3 jenis tulisan iaitu:  Hieroglyphs (tulisan untuk teks yang berhubungan dengan kerajaan dan tulisan yang berhubungan dengan agama), Demotic (tulisan umum yang lebih simple dari hieroglyphs) dan Greek (bahasa ibu Cleopatra).

Cleopatra juga sangat terkenal dengan penguasaannya terhadap 3  bahasa tersebut dan beberapa bahasa yang lain. Hmmm…. Menakjubkan ya??! Cantik dan juga pintar.



Soal kecantikan sang Ratu ini tidak perlu diragukan lagi. Cleopatra tahu  penampilan itu sangat penting buat seorang wanita terutamanya seorang Ratu seperti dirinya. Menurutnya,  penampilan yang elegan akan membuat dia disegani oleh rakyat dan pemimpin kerajaan lainnya. Cleopatra sangat memperhatikan pakaian yang dikenakannya. Saat dia tampil untuk tugas rasmi kerajaan dan berada di depan orang awam, dia mengenakan busana khas Mesir, gaun panjang yang dihiasi manik-manik dan bordir. Sedangkan jika berada dalam istana peribadinya Cleopatra mengenakan busana khas Yunani yang dibuat dari linen lembut atau sutera.

Kebersihan tubuh juga sangat diperhatikannya. Mandi dengan menggunakan sabun serta memakai wangian setelah mandi merupakan rutin yang tidak pernah ditinggalkan Cleopatra. Wangian itu dibuat dari bahan-bahan alam semulajadi seperti kayu manis (cinnamon), bunga lily, kayu cedar, madu dan henna. Dan umumnya wanita Mesir juga memiliki kebiasaan yang sama soal mandi dan memakai wangian ini.

Untuk solekan wajahnya, Cleopatra juga menjadi perhatiannya. Bedak, blush on, eye liner, eye shadow, lipstick sudah dipakai sang Ratu pada masa itu dan tentu saja bahannya bukan bahan kimia seperti saat ini tapi bahan-bahan alam semula jadi dengan warna yang natural. Cermin juga sudah ada pada zaman itu, bezanya bukan dari kaca tapi dibuat dari logam. Ratu Cleopatra juga menggunakan wig sebagai pelengkap penampilannya dengan hiasan mahkota ular cobra sebagai mahkotanya. Ular cobra adalah simbol dewa pelindung untuk menjaga Raja atau Ratu.

Selain kecantikan dan kecerdasannya, Cleopatra juga dikenali sebagai seorang yang sentiasa bercita-cita tinggi. Cita-cita untuk menjadikan Mesir kerajaan yang kaya, beradab dan lebih berhasil dari pemerintahan Ptolemic sebelumnya. Merebut kembali tanah-tanah yang pernah dikuasai oleh orang luar Mesir juga menjadi salah satu daripada cita-citanya. Wilayah kekuasaan Cleopatra di luar Mesir cukup luas sehingga meliputi Syria, Lebanon, dan sebahagian kecil Asia.
Sebagai pemimpin dari sebuah kerajaan besar, Cleopatra tidak luput dari berbagai ancaman bunuh terutama dari musuh-musuh yang menginginkan kekuasaannya. Pada tahun 30 SM Cleopatra tewas secara misteri bersama dua pelayannya. Kerana jasad sang Ratu tidak ditemui, para ahli sejarah tidak dapat memastikan bagaimana sebenarnya Cleopatra mati. Cerita yang paling terkenal adalah  Cleopatra mati karena digigit ular kecil berbisa yang dinamakan AspTapi cerita ini juga tidak sepenuhnya dipercayai, banyak yang meragukan bagaimana Asp boleh menggigit sang Ratu beserta 2 pelayannya hingga mati. Entahlah apakah Cleopatra mati kerana digigit ular berbisa atau sengaja di racun sampai sekarang masih jadi misteri.

Yang jelas hingga saat ini Cleopatra masih dikenali sebagai Ratu paling cantik sejagat. Dan tetap menjadi ikon kecantikan wanita Mesir.

Kini, di pesisir pantai Alexandria, kota Alexander the Great, ditemui apa yang dipercayai sebagai kesan-kesan kamar dan ruangan kebesaran Cleopatra. Dipercayai bahawa gempa besar telah berlaku sekitar 1500 tahun yang lalu  menyebabkan tempat ini tenggelam di dalam laut bersama dengan peninggalan-peninggalan bersejarah, cincin, pecahan perabot, patung-patung dan lain-lain bahagian dari Istana Cleopatra.





Sumber :  Cleopatra the Queen of Kings written by Fiona MacDonald  (A Dorling Kindersley Book)

Penaklukan Kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad Al-Fateh

Penaklukan Konstantinopel ini bermula sejak dari zaman Saidina Ali (34 Hijrah), Muawiyah bin Abu Sufian (84 Hijrah), Sultan Sulaiman (91 Hijrah), Khalifah Harun al-Rasyid (165 Hijrah) dan Sultan Beyazid pada tahun 1391, 1397 dan 1400 Masihi tetapi semuanya gagal. Kenapa umat islam begitu ingin menawan Kota Konstantinopel? Sebabnya, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,

Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan. H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335)
Selepas 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Tetapi siapakah yang dimaksudkan dengan hadis di atas?
Sultan Muhammad al-Fateh sejak di dalam buaian lagi telah diisyaratkan bakal menakluk Kota Konstantinopel. Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 H. Sultan Muhammad al-Fateh merupakan anak Sultan Murad II yang mewarisi empayar kerajaan Usmaniah. Baginda ialah khalifah ke 7 pemerintahankerajaan Usmaniah. Nama sebenar baginda ialah Sultan Muhammad, manakala al-Fateh merujuk gelaran baginda sebagai 'pembuka yang besar' kerana berjaya menakluk Konstantinopel.
Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota Konstantinopel, tetapi anak yang ada di dalam buaian itu (Sultan Muhammad al-Fateh).” Syeikh Syamsuddin Al Wali.
Sejak kecil lagi, Sultan Muhammad al-Fateh telah dilatih hidup sederhana, dididik ilmu agama oleh Syeikh Bayram, Syeikh Syamsudin al-Wali dan Syeikh al-Kurani. Manakala ilmu kepahlawanan dan peperangan telah di ajar oleh Panglima Tharhan iaitu bapa saudara Sultan Muhammad al-Fateh. Baginda membesar sebagai pemuda tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.


Semasa berumur 16 tahun, Sultan Muhammad al-Fateh diberi tanggungjawab untuk memangku tugas sultan setelah pemergian ayahandanya, Sultan Murad ke Pulau Magnesia. Baginda mula menaiki takhta ketika berumur 19 tahun selepas kemangkatan ayahandanya, Sultan Murad II. 
Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) sebagai pusat pemerintahan bagi memudahakan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berumur 21 tahun Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah.
Untuk menawan kota Konstantinopel bukanlah mudah. Pelbagai halangan dan rintangan perlu dihadapi oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Kata-kata Nabi Muhammad SAW yang bermaksud, ‘Kota Konstantinopel hanya dapat ditawan oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.’ melekat di hatinya.
Pelbagai persiapan yang telah dilakukan Sultan Muhammad al-Fateh sebelum menakluk Konstantinopel. Baginda membina Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serban, mengangkat batu dan pasir sehingga orang ramai semakin bersemangat melakukan kerja membina tembok itu. Walaupun tembok ini pernah diruntuh oleh tentera Konstantinopel, tetapi tidak mematahkan semangat Sultan Muhammad al-Fateh untuk menawan Konstantinopel.Baginda juga mengarahkan penggalian terowong rahsia untuk menyelamatkan Urban yang mahir membuat meriam.


Rumeli Hisarri

Untuk menawan Konstinopel, Sultan Muhammad al-Fateh memerlukan tentera yang baik seperti yang diriwayatkan oleh hadis Nabi Muhammad S.A.W. Apakah kehebatan tentera baginda sehingga digelar sebaik-baik tentera? 
Tentera yang baik
Sultan Muhammad al-Fateh mengarahkan 250, 000 tentera Turki menjalani latihan ketenteraan di Pulau Magnesia. Mereka berlatih selama 40 hari untuk meningkatkan ketakwaan dan kemahiran berperang sebelum menakluk Konstantinopel. Mereka seperti singa pada siang hari dan menjadi abid pada waktu malam. 
Suatu hari, Sultan Muhammad al-Fateh jatuh sakit. Baginda teringin memakan buah delima. Panglima Tharhan meminta Sulaiman Olgo dan beberapa tentera mencari buah delima di hujung pulau. Mereka menjumpai kebun delima itu tetapi tidak menemui tuan punya kebun. Mereka sepakat tidak mengambil sebiji pun buah delima kerana tidak sanggup memberikan buah yang haram kepada sultan. Kemudian mereka berjalan dan melalui sebatang sungai. Tiba-tiba lalu sebiji delima dibawa arus sungai itu. Mereka tetap tidak mengambil delima tersebut walaupun delima itu terjatuh ke dalam sungai dihanyutkan air. Akhirnya mereka pulang tanpa membawa sebiji delima pun.
Rupa-rupanya kehadiran tentera di kebun delima itu diintip oleh tuan kebun. Tetapi tuan kebun itu ingin menguji tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Ternyata tentera Sultan Muhammad al-Fateh adalah tentera yang baik. Kalau mereka tentera yang jahat sudah pasti mereka akan mengambil buah delima dan mempersembahkan kepada sultan. Akhirnya, tuan kebun delima itu menghadiahkan buah delima kepada Sultan Muhammad al-Fateh.
Rakyat yang baik
Sultan Muhammad al-Fateh keluar dari istana seorang diri lalu menyamar sebagai peminta sedekah yang bisu dan pekak. Baginda singgah rumah orang kaya lalu memberi isyarat meminta air minuman. Dengan senang hati tuan rumah itu memberinya minuman dan menawarkan pekerjaan yang sesuai. Baginda menolak dengan baik pelawaan orang kaya tersebut dan menuju ke sebuah rumah keluarga miskin. Tuan rumah itu ingin memberi makan dan minum kepada baginda walaupun makanan mereka cukup untuk mereka sahaja. Akhirnya baginda meninggalkan rumah keluarga miskin itu apabila tuan rumah ke dapur untuk mengambil makanan. Baginda terharu kerana walaupun keluarga itu miskin tetapi mereka bersikap baik dan memuliakan tetamu.
Baginda meneruskan perjalanannya dan menyamar sebagai seorang musafir. Baginda singgah disebuah rumah dan menerima pelawaan tuan rumah yang mengajak baginda bermalam di rumahnya. Sebagai merai tetamu, tuan rumah itu menyembelih seekor kambing peliharaannya. Tuan rumah itu meminta anaknya untuk menghantar ke rumah jirannya sehingga berjalan ke seluruh kampung tetapi tidak ada yang mahu menerima kerana masing-masing sudah cukup makan dan menyuruh diberikan kepada orang yang lebih memerlukannya. Baginda bertanya kepada tuan rumah mengenai pemerintahannya.
Baginda berasa gembira apabila tuan rumah mengatakan Sultan Muhammad al-Fateh seorang yang baik walaupun masih muda tetapi mereka selamat di bawah pemerintahannya. Dan rakyat sayang kepadanya walaupun tidak pernah berjumpa dengan Sultan Muhammad al-Fateh.
Melancarkan serangan keatas Konstantinopel
Sultan Muhammad al-Fateh telah membahagikan tenteranya kepada lima pasukan iaitu setiap pasukan mengandungi 50, 000 tentera dengan diketuai oleh seorang ketua. Panglima Tharhan, Panglima Khalil Pasya, Panglima Hamzah Pasya dan Panglima Zaqhanus memimpin tentera laut. Pada hari yang ditetapkan berangkatlah 250, 000 tentera Turki dari Adrianopel menuju ke kota Konstantinopel. Baginda meniru cara pembukaan Kota Mekah oleh Nabi Muhammad SAW, apabila memilih jalan lain yang tidak pernah dilalui oleh sesiapa menyebabkan pergerakan mereka tidak dapat dikesan oleh tentera Rom. 
Pada hari Khamis 6 April 1453, keempat-empat pasukan tentera tiba di kota Konstantinopel kecuali tentera jalan laut kerana kapal mereka tidak dapat memasuki Tanduk Emas kerana disekat oleh rantai besi raksasa. Pada keesokan harinya iaitu pada hari Jumaat bertarikh 7 April 1453, selepas solat Subuh tentera Turki berzikir beramai-ramai hingga suara mereka bergema sampai ke Kota Konstantinopel. Maharaja Konstantine dan tenteranya terkejut dan terpinga-pinga apabila mendengarnya.
Sebelum memulakan peperangan, Sultan Muhammad al-Fateh telah memberi dua pilihan kepada kepada Maharaja Konstantine iaitu memeluk Islam atau menyerahkan kunci Kota Konstantinopel. Tetapi Maharaja Konstantine memilih untuk berperang. Maka berlakulah serangan demi serangan yang memakan masa 53 hari. Apa yang menarik mengenai penaklukan ini ialah Sultan Muhammad al-Fateh telah memindahkan 70 buah kapal perang berlayar di atas daratan merentasi Semenanjung Fera lalu berlabuh depan Kota Konstantinopel. Bagaimana baginda dapat melakukan pelayaran di darat hanya dalam satu malam? Dalam peperangan ini, baginda juga menggunakan sejenis senjata yang ampuh iaitu meriam yang dikenali sebagai The Great Turkish Bombar..
Meriam yang digunakan semasa penawanan Kota Konstaninopel 
Sebaik-baik raja
Pada 30 Mei 1453, akhirnya Kota Konstantinopel jatuh ketangan umat Islam. Sultan Muhammad al-Fateh telah menukar Kota Konstantinopel kepada nama Islambol (Islam keseluruhannya) atau dikenali kini sebagai Istanbul. Baginda menukarkan Gereja Aya Sophia kepada Masjid Aya Sophia. Apabila tiba hari Jumaat, mereka bersedia hendak mengerjakan Solat Jumaat tetapi gurunya, Syeikh Syamsudin al-Wali menolak untuk menjadi Imam. Maka Sultan Muhammad al-Fateh telah mengumpul tenteranya di hadapan Masjid Aya Sophia. 
Baginda berseru, “Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat fardu lima waktu, sila duduk!”. Ternyata tiada yang pernah meninggalkan solat fardu kerana tenteranya tiada yang duduk.
Baginda menyeru lagi, “Siapakan antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk.” Separuh antara tenteranya duduk.
Kemudian Sultan Muhammad al-Fateh bertanya lagi, “Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat tahajud, sila duduk!” Semua duduk, kecuali seorang. Dia adalah Sultan Muhammad al-Fateh sendiri. Jadi, Sultan Muhammad al-Fateh paling layak menjadi imam.
Masjid Aya Sophia merupakan sebuah gereja sebelum penawanan Kota Konstantinopel. Kini masjis Aya Spohia merupakan sebuah muzium di Turki. 
Istana Topkapi merupakan kediaman Sultan Muhammad al-Fateh setelah menawan KotaKonstantinople. 

Makan Syuhada, Abu Ayub al-Ansari 
Selain itu, misi baginda di Kota Konstantinopel ialah mencari makam Syuhada, Abu Ayub al-Ansari iaitu sahabat Nabi Muhammad SAW yang syahid semasa menyertai peperangan menawan Konstantinopel di zaman Bani Umaiyyah. Abu Ayub al-Ansari membuat wasiat supaya dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Konstantinople. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab,
"Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."
Ketika berada di kemuncak kegemilangan, Sultan Muhammad al-Fateh memerintah 25 buah negeri. Baginda mangkat akibat diracun oleh seorang Yahudi ketika membuat persiapan menakluk Rhodesia. Sultan Muhammad al-Fateh mangkat pada 3 Mei 1481 ketika berumur 49 tahun.
Untuk mengetahui secara keseluruhan di sebalik kisah penaklukan Kota Konstantinopel, pelayaran 70 buah kapal di darat dalam satu malam dan pencarian makam syuhada Abu Ayub al-Ansari oleh Sultan Muhammad al-Fateh, anda boleh membacanya Novel sejarah Islam Sultan Muhammad Al- Fateh (Penakluk Konstantinopel) serta membaca rujukan tambahan (Klik Sumber). Semoga ada manfaatnya kepada kita.... 

Perpustakaan Bibliotheca Alexandria


Sebuah perpustakaan yang terbesar di benua Afrika dan banyak menyimpan artifak lama. Terletak di pantai Mediterranean, Alexandria dan dibuka kepada umum untuk melawat. Mula didirikan oleh Ptolemy pada tahun 323 sebelum Masihi dan banyak melakar sejarah tersendiri seperti pernah dibakar oleh Julius Caesar pada tahun 48 sebelum Masihi. Perpustakaan ini kini diubahsuai dengan binaan moden yang menarik.