Renungan

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuatkan muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu segala ketenangan jiwa."

Monday, 29 October 2012

Piramid : Keajaiban Dunia Tamadun Mesir Purba


Piramid : Keajaiban Dunia Tamadun Mesir Purba



 Piramid yang terdapat di Giza, Mesir

Piramid Agung Kufu merupakan satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makamuntuk Firaun Kufu (nama GreekCheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Wangsa Mesir Keempat. Arkiteknya ialah Hemon, saudara Kufu. Piramid ini siap dibina pada sekitar tahun 2580 SM, setelah menelan masa 20 tahun.

       

Piramid Agung Kufu merupakan piramid yang terbesar dan paling terkenal serta tertua antara tiga piramid (Piramid Kufu, Piramid Khafredan, Piramid Menkaure) di Bandar Kematian Giza,Mesir.

Kawasan tersebut bersebelahan dengan bandar moden Kaherah, dan menjadi bahagian utama bagi kompleks bangunan-bangunan yang merangkumi laluan pejalan kaki yang istimewa, dua kuil, tiga piramid yang kecil (i.e. Piramid Permaisuri), lubang-lubang untuk mengebumikan bot-bot serta mastaba-mastaba untuk bangsawan. Pada masa itu, juga terdapat sebuah bandar untuk pekerja-pekerja yang mengandungi antaranya perkuburan, kilang-kilang rotikilang bir serta kompleks peleburan tembaga. Satu dari piramid kecil mengandungi makam Ratu Hetepheres (dijumpai pada 1925), yang merupakan adik dan isteri Snefru dan juga ibu kepada Khufu. Banyak lagi kompleks-kompleks bangunan yang masih dalam usaha mencari dan menganalisis untuk Projek Pemetaan Giza.

Beberapa ratus meter dari barat daya Piramid ini terletaknya Piramid Khafre, yakni makam waris Khufu yang membina Sfinks Agung. Lagi beberapa ratus meter dari barat daya Piramid Khafre terletaknya Piramid Menkaure yang merupakan makam waris Khafre. Tingginya hanya setengah daripada Piramid Khafre. Walau bagaimanapun daripada gambar foto, ia kelihatan tertinggi di kalangan ketiga-tiga piramid disebabkan ia lebih curam dan dibina di atas tanah yang lebih tinggi. 

PEMBINAAN

Rajah menunjukkan pelan piramid 

Pada waktu pembinaan, ketinggian Piramid Agung Kufu 146.5 meter (481kaki), akan tetapi disebabkan hakisan dan kecurian batu yang teratas, ketinggian kini ialah 139 meter (455 kaki). Setiap sisi pada kaki piramid berukur 231 meter (758 kaki) dan meliputi kawasan 5.3 hektar (13 ekar).
Pada tahun 1301, satu gempa bumi yang besar telah melonggarkan kebanyakan batu selongsong yang kemudian diangkut ke Kaherah oleh An-Nasir Nasir-ad-Din al-Hasan Sultan Bahri untuk pembinaan masjid-masjid dan kubu-kubu. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak batu selongsong di sekitar kaki piramid.
Piramid Agung Kufu mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan. Seluruh Piramid diliputi dengan batu kapur yang dilicinkan sehingga kilauannya dapat diperhatikan di tempat yang berbatu-batu jauh.


Sphinx merupakan patung manusia berkepala singa berada di sebelah Piramid



1 comment: